Dec 30, 2011

Ingat Masa Muda Sebelum Anda Menginjak Tua.






















Apa yang anda lihat merupakan sebahagian dari kehidupan mereka yang bergelar warga emas di Rumah Kebajikan Masyarakat Seri Kenangan, Cheras. Biarpun ditinggalkan oleh anak-anak dan hidup bersendirian tanpa waris, namun mereka tetap menjalani kehidupan seperti biasa berbekalkan ihsan dan keprihatinan sekelompok masyarakat yang masih punyai rasa kasih sayang terhadap golongan seperti ini. 

Itulah realiti kehidupan. Ada masanya anda berada di atas dan akan datang waktu dan ketikanya kita berada di bawah. Begitu juga dengan umur. Muda dan terus menginjak tua. Kulit yang selama ini ampuh menahan panas dan terik matahari akan mulai berkedut memohon redupnya awan biru.
Buat si anak, penghargan dari mereka yang bergelar ibu dan bapa bukanlah berbentuk wang ringgit semata-mata namun masa dan perhatian anda untuk membalas segala keringat yang mereka korbankan di waktu kamu kecil. Moga-moga sehela nafas yang masih dipinjamkan-Nya mampu menjadikan kita manusia yang berguna dan semakin baik berbanding kejahilan semalam.

**Betullah kata orang tua-tua, si ibu mampu menjaga anak yang ramai tetapi belum tentu anak yang ramai boleh menjaga si ibu yang seorang. 

Salam Muhasabah. Disember 2011 :)



Dec 25, 2011

Fakta Menarik Tentang ATM

ASKAR.jpg


Rupa-rupanya ramai tidak tahu banyak fakta-fakta penting tentang aktiviti tentera Malaysia dalam menjalankan tugas atau tanggungjawab negara..Ini sebahagian 29 rahsia sumbangan tentera Malaysia terhadap negara..Proud to be Malaysian....

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serbia melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysia lah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.



Dec 24, 2011

Solat Buang Telekung, Sejadah @ Kain Pelekat











Solat dan berdoalah kamu walau dalam apa jua ketika kerana ianya wajib bagimu. Walau tanpa telekung,sejadah @ kain pelekat kita tetap hamba yang perlu mencecahkan dahi untuk sujud pada-Nya. Hilangkanlah mentaliti telekung,sejadah @ kain pelekat.

-Kem Asuh Nov 2011-



Pencuri Beras?










:D
 Mereka adalah petugas-petugas yang menghantar sumbangan berupa beras dan keperluan dapur kepada penduduk di Kg Bariawa Ulu, Keningau Sabah.

Slot Ziarah Dakwah ke kampung-kampung. 
Kg Bariawa Ulu, Keningau.
XPDC Dakwah Sabah 2011.



Hadis 13 - ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Ertinya:

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".

H.R. Thabrani

Keterangan

Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
  1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
  2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
  3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
  4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
  5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
  6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang di­sabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.



Hadis 12 - SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya. 

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." 



Hadis 11 - UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
H.R. Bukhari Muslim



Keterangan

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-­orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.



Kg Bariawa Ulu, Kirokot. Keningau Sabah :)





笑顔



Pemenang 最も甘い笑顔 - Ustazah Musyfirah.
 



  Sumber Google Translate. Japanese. :D



Wasiat Nabi SAW Kepada Saidina Ali

1. Wahai Ali, bagi orang yang celaka itu 3 alamatnya :

- Makanan yang haram
- Menjauhkan orang alim
- Menjauhkan petunjuk yang benar.

2. Wahai Ali, bagi orang yang rosak akal itu 3 alamatnya :

- Meringan-ringankan perkara yang difardukan oleh Allah
- Banyak berkata-kata dari berzikir kepada Allah
- Mencela Allah

3. Wahai Ali, bagi orang riya’ itu 3 alamatnya :

-Menyempurnakan rukuk dan sujudnya apabila sembahyang beserta manusia dan dikuranginya bila sembahyang bersendirian
-Cergas terhadap orang yang memujinya
-Berzikir dia pada Allah ditempat orang ramai.

4. Wahai Ali, orang munafik itu,3 alamatnya :

-Apabila bercakap dia berbohong,bila berjanji tidak ditepati.
-Bila diberi amanah dia khianat
-Tidak bermanfaat baginya pengajaran dan peringatan yang diberikan kepadanya.


5. Wahai Ali, bagi orang kafir itu,3 alamatnya:

-Ragu dia pada Zat Allah
-Benci kepada hamba Allah yang beribadat kepada Allah
-Lalai dari taat kepada Allah.
 

6. Wahai Ali, orang yang bertaubat itu,3 alamatnya :

-Menjauhkan yang haram
-Gemar menuntut ilmu agama
-Tidak akan kembali berbuat dosa.

7. Wahai Ali, tanda orang alim itu,3 alamatnya :

-Bercakap yang benar
-Menjauhkan yang haram
-Merendahkan diri.



Antara 2 Darjat - Ilmu & ...

1.      Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2.      Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"
3.      Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

4.      Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

5.      Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

6.      Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

7.      Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.



Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home