Apa yang anda lihat merupakan sebahagian dari kehidupan mereka yang bergelar warga emas di Rumah Kebajikan Masyarakat Seri Kenangan, Cheras. Biarpun ditinggalkan oleh anak-anak dan hidup bersendirian tanpa waris, namun mereka tetap menjalani kehidupan seperti biasa berbekalkan ihsan dan keprihatinan sekelompok masyarakat yang masih punyai rasa kasih sayang terhadap golongan seperti ini.
Itulah realiti kehidupan. Ada masanya anda berada di atas dan akan datang waktu dan ketikanya kita berada di bawah. Begitu juga dengan umur. Muda dan terus menginjak tua. Kulit yang selama ini ampuh menahan panas dan terik matahari akan mulai berkedut memohon redupnya awan biru.
Buat si anak, penghargan dari mereka yang bergelar ibu dan bapa bukanlah berbentuk wang ringgit semata-mata namun masa dan perhatian anda untuk membalas segala keringat yang mereka korbankan di waktu kamu kecil. Moga-moga sehela nafas yang masih dipinjamkan-Nya mampu menjadikan kita manusia yang berguna dan semakin baik berbanding kejahilan semalam.
**Betullah kata orang tua-tua, si ibu mampu menjaga anak yang ramai tetapi belum tentu anak yang ramai boleh menjaga si ibu yang seorang.
Salam Muhasabah. Disember 2011 :)
No comments:
Post a Comment