Dec 26, 2010

Sebab Sebab Hati Tidak Bahagia

Sebab Adanya Mazmumah!
 
Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah jer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punye)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lah ni)



Sebelum Imam Syafie Pulang Ke Rahmatullah...


 Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut 

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI. 
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



Sesiapa Yang Sering Sakit Kepala, Baca Ini :

 Faktor-faktor Pencetus
 
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap



Pemuda Yang Sangat Pemarah

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.



Hadis 11 - UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".

H.R. Bukhari Muslim



Hadis 10 - BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). 

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

H.R. Termizi



Hadis 09 - ISLAM KEMBALI DAGANG


Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".

  
H.R. Muslim



Untuk Para Aktivis Dakwah

video



Dec 24, 2010

Malaikat Maut Ziarah Kita Setiap 21 Minit ?

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah B Abbas R.A, bahawa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail :



Explanation of Beautiful Name of Allah [E-book]






  • Tajuk :  The Explanation of the Beautiful and Perfect Names of Allah
  • Author : Sheikh Abdul Rahman Ibn Nasir as Sadi
  • Muka Surat : 34
  • Source : http://www.hilalplaza.com/



Dec 22, 2010

Berdakwah Dalam Era Facebook

Aplikasi jaringan sosial semakin popular hari ini. Jika dahulu, MySpace dan Friendster menjadi pilihan, hari ini Facebook digunakan secara meluas oleh hampir semua orang yang mempunyai capaian kepada Internet. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah firma penyelidikan iaitu TNS, penduduk Malaysia merupakan pengguna Facebook paling aktif di dunia (Perraudin, 2010). Pengguna Malaysia mempunyai paling ramai kawan iaitu purata 233 orang berbanding Brazil di tempat kedua (purata 231 orang) dan Norway (217 orang). Pengguna Facebook yang mempunyai kawan paling sedikit ialah Jepun (purata 12 orang). Pengguna Facebook di Malaysia juga, menurut kajian yang sama, merupakan pengguna yang berada di atas talian menggunakan jaringan sosial paling lama iaitu selama 9 jam seminggu, berbanding 8.1 jam seminggu bagi pengguna di Russia dan 7.7 jam bagi pengguna di Turki.



Siapakah Tekno-Daie?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa tekno-daie ini seorang individu yang mempunyai pengetahuan agama dan pada waktu yang sama mempunyai pengetahuan mengenai teknologi. Namun, pada pandangan penulis, ia tidak semestinya demikian. Golongan tekno-daie dalam konteks abad ke-21 ini boleh dibentuk sebagai satu kumpulan atau jemaah yang mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri. Ini bermakna gerakan tekno-daie ialah satu gerakan jemaah. Di dalam jemaah tersebut, terdapat orang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang agam yang menjadi orang di hadapan tabir yang menyampaikan mesej amar maaruf nahi munkar. Beliau disokong pula oleh beberapa individu di belakang tabir yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang teknologi yang akan menyediakan bahan dakwah dalam bentuk yang inovatif, interaktif dan menarik untuk disampaikan kepada orang ramai menggunakan pendekatan dan aplikasi teknologi terkini. 



Fakta-fakta menarik dunia Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan di USA pula nama paling popular ialah ‘Jack’

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai arti bubuk

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah



Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"



Kisah Seorang Pemuda

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya



Panas Baran

video



Bangun Subuh

video



Hormatilah Ibu Bapa

video



Aurat

video



Dec 21, 2010

Wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali

1. Wahai Ali, bagi orang yang celaka itu 3 alamatnya :

- Makanan yang haram
- Menjauhkan orang alim
- Menjauhkan petunjuk yang benar.

2. Wahai Ali, bagi orang yang rosak akal itu 3 alamatnya :

- Meringan-ringankan perkara yang difardukan oleh Allah
- Banyak berkata-kata dari berzikir kepada Allah
- Mencela Allah



Hadis 08 - PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Ertinya:
 
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

H.R. Hakim



Hadis 07 - GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Ertinya:
 
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".

H.R. Bukhari



Hadis 06 - GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya:
 
Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."



H.R. Abu Daud



Hadis 05 - UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Ertinya:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".
 H.R. Muslim



Hadis 04 - ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Ertinya:

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

H.R. Muslim



Wake Up Project : The Arrival Reloaded (Malay Subs)





  • Re-Created
  • Re-Envisioned
  • Re-Structured into 10 One-Hour Episodes
  • Featuring Hours of Never Before Released Footage and Information
  • Completely Narrated and Originally Scored
  • For the First Time on International Television
  • And in Official High Definition DVD Box Sets



Wake Up Project : The Divine Book (Malay Subs)



This series will present divine proof from our creator, it will uncover shocking truths, as well as attempt to provide light, wisdom, guidance, and unity for those who seek it.

The series describes the divine injunctions given to mankind by the God. It covers the bible, Quran and other old Divine books and tries to explain to us the common orders and divine injunctions in them. The series highlights the theme of peace and harmony in the world and how it is emphasized by God in the Holy books.

Lastly it covers the changes made in the Bible over the passage of time and tries to explain the old and true bible given to mankind by God Himself.It also tries to bridge the gap between the muslims and the christians by drawing out the common things between the two.

The series is Copyrights free and you are free to share this site with your friends and pals so that they can benefit from this.We also thank Noreagaa and Achenar for providing us technical help and support.

May God bless the Mankind!!!




Wake Up Project : The Arrival (Malay Subs)



This Series Explores the Revelations in World Religions Regarding the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The Christ.

A Work Inspired by Hashemsfilms and of Course the Words of the Noble Qoran, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a Joint Production by truthseekers Noreagaaa and Achernahr.




Wake Up Project : Phase 3 (Malay Subs)



Phase 3 is Another groundbreaking and riveting series from the creators of The Arrivals and The Divine Book. With special guests, producers, composers, and collaborating directors, Phase 3 aims to set a new standard in online films. This production will (inshallah) wake up the world, and unite the people from every country, religion, culture or creed. A film by the people, for the people. And once again completely independent, with zero budget!! Nothing but hard work and talented volunteers...



Hadis 03 - SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".



H.R. Abu Daud



Hadis 02 - KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".



H.R. Bukhari Muslimi



40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman

Hadis 01 - TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
 

Ertinya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi



Sedikit Renungan Dicelah Kesibukan Kita Setiap Hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat
melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalah Nya Muhammad",
"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."
"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".



Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi :

 



Adverts Slots is Now OPEN !!



Artikel Terbaru Home