Feb 24, 2012

Karnival Sukan SAKTI 15 Feb 2012













 Alhamdulillah. Selepas pertandingan boling, Festival Sukan SAKTI 2012 diteruskan lagi dengan perlawanan futsal dan bola baling. Ukhwah yang sedia ada terjalin semasa waktu pejabat di eratkan lagi dengan aktiviti sukan sebagai nilai tambah kepada ikatan yang selama ini dibina.

Dengan adanya program sebegini di harapkan dapat mengisi kelapangan yang ada di samping melupakan seketika tugas di pejabat. Kepenatan yang di rasa juga dibalas dengan perkenalan yang lebih lanjut sesama staf dan aku sebagai wartawan pelatih. Syukur juga kepada Allah SWT kerana telah memilih aku untuk berada dalam sebahagian keluarga Galeri Ilmu Sdn Bhd walaupun diterima di saat-saat akhir cuti semester. Alhamdulillah :D

* Gambar sebagai bukti bahawa team 3 Johan futsal lelaki. Top score? Pikir sendiri...hehe



Sorak Kekalahan Malaysia 0 -Japan 4




Rase nyosal pon ade g stadium haritu. Malaysia memang belum boleh menandingi kehebatan Jepun. Perlawanan yang tiada saingan. Tapi apa-apa pun sokongan tetap berterusan terhadap team Malaysia. Moga lepas ni bertambah baik. Jangan harap kek Khairul Pahmi jo. Defender kene mantop lagi. Baru lah ada saingan. 

Nasib baik ade Ultras Malaya. Xde lah suram suasana stadium waktu tu. Sorakan dorg je kot yang menghidupkan semangat penonton dan pemain (barangkali). Harap-harap sokongan kepada Team Malaysia ni berterusan lah ye...

Selain melihat kelibat pemain-pemain beraksi di padang, mataku tetap melirik geng-geng fotographer shoot gambar-gambar sekitar perlawanan berlangsung. Dengan angle dan fokus kamera gedabak dorang tu sememangnya mencuri tumpuan aku (sampai terlepas tengok gol ke 3). Kan best dapat join team lensa..satu hari nanti. (Sekarang pun dah jadi fotographer Galeri Ilmu. Jangan lupa beli majalah & tengok juru foto k! haha) InsyaAllah.

Semangat dan kekuatan itu datangnya dari Allah SWT. Dia Maha Pemberi segalanya. Tiada kudrat dan kuasa melainkan pemberian daripada-Nya. Syukur.

* Sedih tengok Harimau dah jadi sushi..



Feb 13, 2012

Once KRS 4eva KRS


kacak luar kacak dalam :P


 Barisan jurulatih Kem Integrasi Unit Beruniform 2008


Program KHIDMAS di Bukit Sentosa, Rawang


Barisan Pegawai Waran Peringkat Kebangsaan 2008


 Persembahan Silat 2009


Tatoo 2006


Xpdc Pulau Perhentian

Berikut merupakan gambar yang terakam dalam alumnikrsra.blogspot.com. Gambar tersebut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu bergelar pelajar sekolah dan ahli KRS SMK Raja Abdullah KL.

Misi tahun 2012 ini tidak lain tidak bukan untuk merampas kembali gelaran juara pertandingan kawad kaki peringkat Zon Sentul yang sejak 2 tahun sebelum ini di sandang oleh SMK Segambut Jaya (Putera) dan SMK Agama Kuala Lumpur (Puteri) dan juga gelaran Ketua Platun Terbaik (Putera & Puteri). Alhamdulillah, hasil kata sepakat kesemua jurulatih kawad kaki SMKRA berjaya menghasilkan formula baru bagi menjayakan misi ini. Segala perancangan dan persiapan telah dibuat bagi meneruskan kembali dominasi SMKRA di pentas kawad kaki di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.

Buat adik-adik di Raja Abdullah, tiada yang mustahil dalam mencapai sesuatu perkara. Allah SWT tidak pernah memberikan kegagalan kepada hambanya yang berusaha. Jika tahun lepas hanya berjaya untuk merangkul naib johan (dalam masa latihan 4 hari) maka bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menunjukkan yang terbaik pada tahun ini.

InsyaAllah dengan berkat usaha dan doa cikgu-cikgu, para jurulatih juga bekas-bekas pelajar, gelaran Johan bagi kategori putera dan puteri mampu kembali berpihak kepada anda dengan syarat anda melaksanakan segala kewajipan anda sebagai pelatih kami dan Dia. Jom bersaing secara sihat. Semoga berjaya :)

* Kepada para Jurulatih SMKRA, anda tidak dibenarkan ke sekolah lain. Jika terdapat bukti anda berbuat demikian, anda hanya dibenarkan berada di luar pintu pagar sekolah sahaja. Dilarang masuk hingga tamat pertandingan. Haha.


 Tq.



Feb 11, 2012

Taman Metropolitan Kepong











Lawatan Bebudak Sekolah ke Galeri Ilmu Sdn Bhd













Model Terbaeek Sepanjang Zaman










Mohd Nafis Syahmi



Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home