Feb 13, 2012

Once KRS 4eva KRS


kacak luar kacak dalam :P


 Barisan jurulatih Kem Integrasi Unit Beruniform 2008


Program KHIDMAS di Bukit Sentosa, Rawang


Barisan Pegawai Waran Peringkat Kebangsaan 2008


 Persembahan Silat 2009


Tatoo 2006


Xpdc Pulau Perhentian

Berikut merupakan gambar yang terakam dalam alumnikrsra.blogspot.com. Gambar tersebut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu bergelar pelajar sekolah dan ahli KRS SMK Raja Abdullah KL.

Misi tahun 2012 ini tidak lain tidak bukan untuk merampas kembali gelaran juara pertandingan kawad kaki peringkat Zon Sentul yang sejak 2 tahun sebelum ini di sandang oleh SMK Segambut Jaya (Putera) dan SMK Agama Kuala Lumpur (Puteri) dan juga gelaran Ketua Platun Terbaik (Putera & Puteri). Alhamdulillah, hasil kata sepakat kesemua jurulatih kawad kaki SMKRA berjaya menghasilkan formula baru bagi menjayakan misi ini. Segala perancangan dan persiapan telah dibuat bagi meneruskan kembali dominasi SMKRA di pentas kawad kaki di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.

Buat adik-adik di Raja Abdullah, tiada yang mustahil dalam mencapai sesuatu perkara. Allah SWT tidak pernah memberikan kegagalan kepada hambanya yang berusaha. Jika tahun lepas hanya berjaya untuk merangkul naib johan (dalam masa latihan 4 hari) maka bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menunjukkan yang terbaik pada tahun ini.

InsyaAllah dengan berkat usaha dan doa cikgu-cikgu, para jurulatih juga bekas-bekas pelajar, gelaran Johan bagi kategori putera dan puteri mampu kembali berpihak kepada anda dengan syarat anda melaksanakan segala kewajipan anda sebagai pelatih kami dan Dia. Jom bersaing secara sihat. Semoga berjaya :)

* Kepada para Jurulatih SMKRA, anda tidak dibenarkan ke sekolah lain. Jika terdapat bukti anda berbuat demikian, anda hanya dibenarkan berada di luar pintu pagar sekolah sahaja. Dilarang masuk hingga tamat pertandingan. Haha.


 Tq.



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home