Tahun yang berganti menunjukkan umur juga sama menginjak
Jika dahulu pantang dicuit pasti memberontak
Ada sahaja yang mahu di sanggah
Kata yang tua di pandang rendah
Bebelan dan entah apa-apa kau katakan.
Di sebalik usiamu yang meningkat remaja
Pastinya ujian akan lebih datang menimbun
Jangan kau leka dengan keseronokan melampau
Kerana kegembiraan itu kadang penghujungnya duka.
Buat si ibu pastinya ternanti-nanti segulung sijil penghargaan dan sekeping gambar
Menunjukkan kejayaan mu dirai di atas pentas kecil
Walaupun dia hanya sebagai penumpang kepada permulaan kejayaan hidup mu
Yang selama ini dituai pengorbanan olehnya
Keseorangan.
Tiap yang kau miliki adalah pemberian
Baik rezeki dari Maha Pencipta mahupun dari titik peluh kerja
Semuanya demi melihat kau berjaya
Dan masih terngiang-ngiang katamu untuk membalas semua ini jika sudah berkerjaya kelak.
Buat mu aku titipkan doa
Moga menemui jalan yang selamat sampai ke penghujung
Walau liku-liku penuh di hadapan
Namun cantaslah satu persatu kesusahan yang datang
Demi kelangsungan kejayaan yang berterusan.
khas - Aisya Humaira
No comments:
Post a Comment