Jan 13, 2012

Mesti Tonton!



Video tersebut adalah denda daripada pensyarah kesayangan Jabatan Dakwah, ibunda Ustazah Safiah Bt Abdul Razak akibat lewat ke kuliah. ( Termasuk lah den yang bangun lewat sebab malam-malam main counter strike). :)


Hampir setengah tahun rasanya tidak 'menikmati' suasana kelas dan sesi pembelajaran di dalam kampus.  Suasana kuliah yang bersemangat dengan hujah-hujah Islami dari pensyarah dan rakan sekuliah sememangnya dirindui. Meskipun jarak sudah memisahkan tetapi kenangan tetap terpahat dalam ingatan.



Buat ibunda tersayang, Ustazah Safiah Bt Abdul Razak, wasiat dan amanat ustazah sedaya upaya kami laksanakan demi meneruskan kesinambungan dakwah dan demi memastikan seluruh penghuni bumi tunduk dan patuh kepada suruhan Rabbul A'lamin. Walaupun kadang-kadang tersasar dari landasan namun cepat-cepat aku kayuh agar kembali menemui simpang jalan yang disuluh. Al maklumlah, jiwa muda. Selalu memikirkan keseronokan.


Dan sekarang inilah tempatku mencurahkan segala benih hasil tuaian dan cucuk tanamku selama bergelar pelajar. Bermodalkan ilmu yang cetek lagi faqir, aku cuba menggilap kembali bakat penulisan dan kepimpinan Islami agar ianya bertambah baik. InsyaAllah akan jadi penulis buku nanti. Siapa tahu kan? :)

Alhamdulillah. Allah SWT masih mahu  menempatkan aku dalam golongan soleh wa musleh. Selain kewajipan doa sebelum memulakan tugas (setiap pagi), solat berjemaah, sesi tazkirah (setiap khamis oleh penceramah luar) dan bacaan yasin  (setiap pagi jumaat), Galeri Ilmu juga menempatkan beberapa ilmuan yang boleh dijadikan tempat rujukan berkaitan permasalahan umum dan agama. Baru-baru ini juga selesai penganugerahan ijazah @ sanad Ratib al-Haddad yang disampaikan oleh  Al fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll kepada semua staff GISB. Tersangatlah beruntung rasanya.

Tugasku kini melangsaikan semua keja-kerja editorial, penilaian novel dan menyiapkan artikel (sendal) bagi majalah sebab aku ditempatkan di bahagian editorial Majalah Q&A. (Majalah Terbaru GISB).

* Kadang ngantuk juga baca novel banyak-banyak ni.

Minggu ini penuh dengan cerita menarik. Baik di televisyen, akhbar mahupun di internet. Tetapi yang tidak pernah lari ialah fitnah. Semakin banyak fitnah dan tipudaya datang tanpa mengenal si empunya badan. Antara yang tidak terkecuali ialah Al fadhil Ustaz Azhar Idrus mahupun orang-orang ternama di Malaysia. Aku tidak mahu ulas panjang mengenai hal ini. Anda bijak untuk membuat penilaian bukan? :)


Dan gambar paling menarik minggu ini adalah Si Undertaker. Menurut sumber, gambar ini adalah penggusti lagenda WWE iaitu Undertaker yang sedang bersalaman dengan ulama. (tidak dapat dipastikan kesahihannya) Tetapi sekiranya gambar ini betul maka ramailah yang akan memuji Si Undertaker ni yang sedang menyantuni dan menghormati golongan alim ulama. Harap-harap ada hidayah yang bakal beliau temui di akhir karier beliau sebagai ahli gusti.

* Den lagi minat Undertaker daripada Stone Cold.

Akhir sekali bersempena dengan bulan Januari yang bakal berpenghujung ni, saya memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan yang tidak disengajakan dan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, HAPPY BIRTHDAY 2 YOU & SANAH HELWAH kepada :-

1. Fuad Shamsul
2. Daeng Assasin @ Abang Hamzah
3. Zulfikah Sarbini
4.Hakikat Hamba @ Abang Laden.
5. Semua sahabat-sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan Januari

Semoga diterima amalan baik kita sebelum ini dan yang akan datang. Terus success sokmo, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan (+ jodoh) dan segala yang baik untuk kalian sampai lah kita menemui penghujung yakni syurga Allah SWT. Insya Allah :)

Jumpa lagi. Assalamua'laikum wbt :)



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home