Menjadi satu keajaiban dan fenomena baru apabila Sambutan Tahun Baru 2012 diisi dengan acara yang berlainan daripada kebiasaannya. Seperti yang sedia maklum, 'tradisi' konsert-konsert hiburan yang nyata melalaikan tanpa pengisian seolah-olah sudah kurang taringnya apabila jumlah mereka yang hadir semakin sedikit dan berkurangan.
Muda mudi dan belia masa kini sudah mula menunjukkan kelainan dengan berjinak-jinak ke majlis ilmu sebagai alternatif baru bagi menyambut tahun baru masihi dan lebih membanggakan apabila jumlah hadirin pada majlis ilmu tersebut melebihi daripada penonton konsert-konsert ambang tahun baru seperti di KLCC dan Dataran Merdeka. Alhamdulillah.
Namun, sesuatu perubahan itu bukanlah dapat diterima dan memuaskan hati semua pihak. Masih ada lagi golongan yang belum terbuka hatinya untuk menghijrahkan diri dari keadaan baik ke lebih baik, bersih kepada lebih bersih. Pelik juga bila ada yang menentang malah menuduh majlis tersebut serta penceramah ( Ust Azhar Idrus) sebagai jelmaan syaitan. ( sebab Ust main gitar bersama Zizan Raja Lawak ).
Tapi tak boleh disalahkan juga golongan yang menentang ni. Mungkin mereka perlu lebih didekati dan diberi pemahaman yang baik. Bak kata Imam Syafie,
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
Moga-moga lebih ramai lagi yang akan memperoleh hidayah dan kekal di landasan Islami. Buat pemuda-pemudi, syabas dan tahniah diucapkan. Anda perintis perubahan dalam negara. Insya Allah.
* Dengar-dengar kursus BTN pun hentam UAI. Teringat lagi waktu dipaksa menghadiri kursus tersebut di kampus, ramai juga yang keluar (termasuk aku) dari bilik kuliah. Berlaga angin katanya.
Waallahua'lam.
Waallahua'lam.
-A.B.U.-
foto by : Facebook.
No comments:
Post a Comment