Jan 24, 2012

Hasil



Biarpun hanya 2nd hand tetapi ia sudah cukup menampakkan hasil usaha sendiri dan hasil kerja (Sdn Bhd) selama berusia 21 tahun ini. Kesempatan dan kelapangan sewaktu masih belajar digunakan sebaik mungkin untuk bekerja sambilan dan membuat simpanan kewangan. Hasilnya sangat memuaskan.

Sudah menjadi tabiat diriku yang memang tidak reti duduk diam, waktu lapang akan ku gunakan untuk ‘berdikari’ mencari kerja @ sesuatu untuk dilakukan. Penat tapi berbaloi-baloi kata orang.

Biarpun berniaga di waktu malam, assignment tetap siap. Siap boleh kejar dateline lagi. Biarlah kawan yang lain rileks menghela nafas di waktu malam, usaha kita sendiri jangan diberhentikan. Itulah modal untuk sebuah kejayaan kecilku.

Syukur kepada Allah SWT. Dia lah sebaik-baik pemberi rezeki. Dia lah juga yang menggerakkan anggota dan tubuh badan untuk mencari rezeki dan nikmat di atas muka bumi ini. Dan Dia jua lah yang berhak menarik semua ‘pinjaman-pinjaman’ yang diberikan ini sekiranya ada di antara hamba-Nya yang tidak bersyukur dan lalai.

Masih banyak lagi yang perlu dicari. Masih banyak perancangan yang belum tercapai. Andai masih diberi peluang, mahu sahaja aku gapai segala yang dirancang secepat yang boleh dan tanpa perlu untuk bergantung harap pada orang lain terutamanya ibu dan bapaku. ‘Pelajaran’ yang lepas banyak menjadikanku lebih dewasa dan mampu memimpin diriku sebaik mungkin. Sudah tiba masanya membalas segala kebaikan dan pengorbanan mereka yang lampau. Insya-Allah.

Coming soon ( entah bila lah kan )

Semua insan mahukan kejayaan. Tiada yang memilih untuk gagal. Meskipun ada penagih dadah yang masih terhuyung hayang, jika ditanya mereka akan mengatakan : ‘Janganlah menghisap dadah’. Bagiku ‘kejayaan yang sebenar’ itu akan datang sekiranya kita dekat dan selalu mengingati-Nya. Dekat dengan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Itu komitmen untuk berjaya.

Kejayaan itu bukanlah melalui apa yang kamu miliki, tetapi dari hasil apa yang kamu usahakan - AbuZa

Sabda Rasul s.a.w. yang bermaksud:

“Berpegang teguhlah dengan (amal) yang benar (dengan tidak melebih-lebihkan dan tidak pula meringan-ringankan) dan buatlah sesuatu (amal) yang lebih hampir kepada sempurna (jika kamu tidak mampu melakukan yang sempurna itu) dan ketahuilah amalan seseorang dari kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan (ketahuilah) bahawa amal yang paling disukai Allah ialah (amal) yang paling berkekalan sekalipun sedikit.”
( HR Bukhari Muslim )

* Den sebonanye minat Toyota Hilux, tapi bajet tak cukup. Daihatsu Charade pon ok da buat sementara waktu. Kang koyak poket seluar hujung bulan. Guna belalang tempur (nama samaran) ni pun dah macam-macam tempat den merayau...

* Teruskan bekerja..cukup bulan tukar sportrim. Amacam? hehe.

Sekian, Syukur. Waallahua'lam...



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home