Jan 2, 2012

Cintai Cara Rasulullah SAW

“Sesiapa menjadi terang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah akan membuatkannya berasa kaya dalam hatinya. Segala urusannya  menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa dia kejar. Sementara sesiapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya nescaya Allah SWT akan menjadikan kefakiran berada di hadapan matanya, segala urusannya menjadi sukar dan kepadanya dunia datang sekadar dengan yang telah ditakdirkan baginya.” – Hadis Riwayat at-Tirmizi.


Rasulullah adalah contoh dan teladan orang-orang yang zuhud. Orang yang zuhud adalah Rasulullah SAW. Allah SWT telah menawarkan kunci-kunci perbendaharaan dunia kepada manusia yang paling Dia cintai dan paling mulia di sisiNya iaitu hamba dan rasulnya, Muhammad SAW. Tetapi baginda tidak menghendakinya. Seandainya baginda memilih dan menginginkan dunia tentulah baginda menjadi makhluk paling bersyukur atas apa yang dia ambil. Akan tetapi baginda memilih untuk sedikit sahaja mengambil dunia. Baginda bersabar menghadapi kehidupan yang sukar. 

Aisyah bercerita seorang wanita Ansar mengunjungiku. Ketika dia melihat perbaringan Rasulullah SAW hanya berupa sehelai kain yang berlipat-lipat, dia pulang ke rumah lalu mengirimkan sebuah tempat perbaringan empuk yang dibuat daripada bulu kambing. Tatkala Rasulullah SAW datang dan melihat tempat perbaringan itu baginda berkata, “ bagaimana barang ini boleh berada di sini?” Aisyah menjawab, “ Tadi ada seorang wanita Ansar, si Fulanah datang berkunjung. Ketika dia melihat tempat tidur Rasulullah SAW, dia mengirimkan benda ini ke sini.” “Kembalikan benda itu. Aku tidak meghendakinya. Aku tidak suka barang ini ada dirumahku,” sabda nabi sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda,

“ Aisyah, kembalikan barang itu. Demi Allah kalau aku mahu tentu Allah SWT memberi aku gunung emas dan perak”. – Hadis Riwayat Ahmad.

 Gambar sekadar hiasan.



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home