Siapakah gerangan lelaki yang layak untuk digelar soleh? Apakah ciri-cirinya? Akhlak yang bagaimana perlu dimiliki seseorang lelaki sehingga layak untuk digelar soleh? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan yang perlu diamati oleh setiap lelaki yang ingin menjadi lelaki soleh. Antaranya ialah :
- Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
- Menjadikan Jihad fisabilillah matlamat hidupnya.
- Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi.
- Sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T
- Ikhlas dalam beramal dan beribadah.
- Akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
- Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya.
- Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya yang telah lalu.
- Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya.
- Solat malam menjadi amalan dan kebiasaanya.
- Bertawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
- Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit.
- Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjalinkan ukhwah antara mereka.
- Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
- Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
- Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
No comments:
Post a Comment