Feb 22, 2011

Orang - Orang Yang Didoakan Malaikat

Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Bersuci

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a.,bahawa Rasullah s.a.w. bersabda,"Barang siapa yg tidur dlm keadaan suci,maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah,ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci"
( hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dlm Shahih At Targhib wat Tarhib ).

Orang Yang Duduk Menunggu Sembahyang

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu sembahyang,selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah,ampunilah ia.Ya Allah sayangilah ia" (Shahih Muslim).

Orang Yang Berada Di Shaf Bahagian Hadapan Di Dalam Sembahyang

Imam Abu Dawud(dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin A'zib r.a.,bahawa Rasullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kpd (orang-orang) yg berada pada saf2 paling hadapan" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dlm Shahih Sunan Abi Dawud).


Orang-Orang Yang Menyambung Saf (tidak membiarkan berlaku kekosongan di dlm saf)

Para Imam iaitu Ahmad,Ibnu Majah,Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib).

Para Malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca al Fatihah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda,"Jika seorg imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladhdhaalinn',maka ucapkanlah oleh kalian 'amiin',kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"(Shahih Bukhari).

Orang Yang Duduk Di Tempat Sembahyang Setelah Melakukan Sembahyang

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat sembahyang semasa ia melakukan sembahyang,selama ia belum batal wudhu'nya,(para malaikat) berkata,'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia"(Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini).

Orang-Orang Yang Melakukan Sembahyang Subuh dan Asar Secara Berjemaah

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda," Para malaikat berkumpul pada masa sembahyang subuh. Lalu para malaikat(yg menyertai hamba) pada malam hari(yg sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pd waktu sembahyang Asar dan malaikat yg ditugaskan pd siang hari(hingga solat A'sar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pd malam hari tetap tinggal.Lalu Allah bertanya kepada mereka,'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab,'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan sembahyang dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan sembahyang,maka ampunilah mereka pd hari kiamat"(Al Musnad no.9140,hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).

Orang Yang Mendoakan Saudaranya Tanpa Sepengetahuan Orang Yang Didoakan

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a.,bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,"Doa seorang Muslim utk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.Pada kepalanya ada seorg malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan satu kebaikan,maka malaikat tersebut berkata 'amiin dan engkau pun mendapatkan apa yg ia dapatkan" (Shahih Muslim no.2733).

Orang-Orang Yang Berinfak

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya,salah satu di antara keduanya berkata,'Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang yg bersedekah.Dan yg lainnya berkata,'Ya Allah hancurkanlah harta orang yg kedekut' (Shahih Bukhari no.1442 dan Shahih Muslim no.1010).

Orang Yang Makan Sahur

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani,meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kpd orang-orang yang makan sahur" (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dlm Shahih At Targhib wat Tarhib).

Orang Yang Menjenguk Orang Sakit


Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya yg sakit kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat utknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh" (Al Musnad no.754, Syaikh Ahmad Syakir mengulas,"Sanadnya sahih").

Seseorang Yang Mengajarkan Kebaikan Kepada Orang Lain

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian.Sesungguhnya penghuni langit dan bumi,bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan,semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home