Dec 23, 2011

Kau Lelaki Soleh?

Siapakah gerangan lelaki yang layak untuk digelar soleh? Apakah ciri-cirinya? Akhlak yang bagaimana perlu dimiliki seseorang lelaki sehingga layak untuk digelar soleh? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan yang perlu diamati oleh setiap lelaki yang ingin menjadi lelaki soleh. Antaranya ialah :

  • Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Menjadikan Jihad fisabilillah matlamat hidupnya.
  • Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi.
  • Sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T
  • Ikhlas dalam beramal dan beribadah.
  • Akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  • Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya.
  • Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya.
  • Solat malam menjadi amalan dan kebiasaanya.
  • Bertawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
  • Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  • Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan menjalinkan ukhwah antara mereka.
  • Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  • Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
  • Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.



Kerja-Kerja-Kerja





 Team Exact Training Consultant



Kau Yang Mencuri Hati












ZIKIR AMALAN HARIAN

DOA MURAH REZEKI


1) Membaca Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

2) Membaca Surah Al-Ikhlas:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”

Sabda Rasulullah SAW:
“ Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.”
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)



Hitam Putih











FADHILAT AYAT KURSI

Disebutkan di dalam sebuah sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Maka disebabkan itulah Rasulullah SAW tidak akan memasuki rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam tersebut.

Hikmat Ayat Kursi mengikut Hadis-hadis :

1.      Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, maka Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2.      Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada di dalam perlindungan Allah SWT sehingga solat yang lain.

3.      Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.

4.      Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

5.      Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT akan menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

6.      Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

7.      Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

8.      Barangsiapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT perkenan memberi pertolongan kepadanya.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"  - Nabi Muhammad SAW.



Sang Murabbi








Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home