Jan 3, 2012

Kenyataan Hidup Di Sebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Beliau duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Cikgu ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri cikgu ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika cikgu angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur", jika cikgu angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam".

Murid muridnya pun mengangguk tanda mengerti. Cikgu tersebut berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,"Baik sekarang perhatikan. Jika cikgu angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam", jika cikgu angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Si guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama kalinya mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tetapi kerana terus disosialisasikan dengan cara dan kaedah menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan kamu sudah mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik. Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah. Tanpa rasa malu, hubungan seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa. Begitu juga dengan materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan sebagainya." "Semuanya sudah terbalik. Tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ianya satu kesalahan dan kemaksiatan. Sekarang kamu faham apa maknanya kenyataan hidup di sebalik permainan ini?” Soal cikgu di akhir kelas tersebut.



Jan 2, 2012

Cintai Cara Rasulullah SAW

“Sesiapa menjadi terang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah akan membuatkannya berasa kaya dalam hatinya. Segala urusannya  menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa dia kejar. Sementara sesiapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya nescaya Allah SWT akan menjadikan kefakiran berada di hadapan matanya, segala urusannya menjadi sukar dan kepadanya dunia datang sekadar dengan yang telah ditakdirkan baginya.” – Hadis Riwayat at-Tirmizi.


Rasulullah adalah contoh dan teladan orang-orang yang zuhud. Orang yang zuhud adalah Rasulullah SAW. Allah SWT telah menawarkan kunci-kunci perbendaharaan dunia kepada manusia yang paling Dia cintai dan paling mulia di sisiNya iaitu hamba dan rasulnya, Muhammad SAW. Tetapi baginda tidak menghendakinya. Seandainya baginda memilih dan menginginkan dunia tentulah baginda menjadi makhluk paling bersyukur atas apa yang dia ambil. Akan tetapi baginda memilih untuk sedikit sahaja mengambil dunia. Baginda bersabar menghadapi kehidupan yang sukar. 

Aisyah bercerita seorang wanita Ansar mengunjungiku. Ketika dia melihat perbaringan Rasulullah SAW hanya berupa sehelai kain yang berlipat-lipat, dia pulang ke rumah lalu mengirimkan sebuah tempat perbaringan empuk yang dibuat daripada bulu kambing. Tatkala Rasulullah SAW datang dan melihat tempat perbaringan itu baginda berkata, “ bagaimana barang ini boleh berada di sini?” Aisyah menjawab, “ Tadi ada seorang wanita Ansar, si Fulanah datang berkunjung. Ketika dia melihat tempat tidur Rasulullah SAW, dia mengirimkan benda ini ke sini.” “Kembalikan benda itu. Aku tidak meghendakinya. Aku tidak suka barang ini ada dirumahku,” sabda nabi sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda,

“ Aisyah, kembalikan barang itu. Demi Allah kalau aku mahu tentu Allah SWT memberi aku gunung emas dan perak”. – Hadis Riwayat Ahmad.

 Gambar sekadar hiasan.



Hadis 17 - HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".

H.R. Ibnu Majah

Keterangan

Hadis sabda Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.



Hadis 16 - ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

H.R. Muslim

Keterangan

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.



Back To School Camp

 Kem untuk mengimbau kenangan lampau semasa bergelar pelajar sekolah dan ahli KRS SMK Raja Abdullah :)





















Hadis 15 - DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".



H.R. Muslim



Keterangan

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta. 

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.



Hadis 14 - DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab,  "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".




H.R. Baihaqi




Keterangan

Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.



Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home