Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Mar 15, 2012

Lima Sebab Datangnya Azab dan Seksa Allah

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? (Al-An'aam 6:6)
Rasulullah Saw bersabda:
"Bagaimana kalian apabila terjadi lima perkara, dan aku berlindung kepada Allah mudah-mudahan lima perkara itu tidak terjadi pada kamu atau kamu tidak menjumpainya, iaitu,
1.Tidaklah perbuatan zina itu tampak pada suatu kaum, dikerjakan secara terang-terangan, melainkan nampak dalam mereka penyakit ta'un dan kelaparan yang tidak pernah dijumpai oleh nenek moyang dahulu.
2.Dan tidaklah kaum itu menahan zakat, melainkan mereka ditahan oleh Allah turunnya hujan dari langit, andai kata tidak ada binatang ternak tentu mereka tidak akan dihujani.
3.Dan tidaklah kaum itu mengurangi takaran dan timbangan, melainkan mereka disiksa oleh Allah dengan kesengsaraan bertahun-tahun dan sulitnya meneruskan hidup dan menyelewengnya penguasa.
4.Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka itu menghukumi dengan selain kitab yang diturunkan oleh Allah, melainkan mereka akan dikuasai oleh musuh yang merampas sebagian kekuasaan mereka.
5.Dan tidaklah mereka itu mensia-siakan kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya, melainkan Allah menjadikan bahaya di antara mereka sendiri." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

"Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan." (Hud : 117) 
Sumber : IluvIslam.com



Mar 5, 2012

Makan, Jangan Sampai Jadi Najis

Suatu petang sedang aku asyik menikmati kepekatan secawan kopi, datang seorang tua bersama keluarganya memilih untuk makan di sebelah meja ku. Aku sekadar menyapanya dengan salam dan melemparkan secebis senyuman.

"Assalamualaikum". Sapaku perlahan.
"Waa'laikum salam" jawabnya penuh hemah.

Matanya melilau mencari pekerja restoran. Ditunggu sekian lama baru lah datang seorang pemuda menyapanya untuk mengambil pesanan makanan.

"Maaf pak cik, ramai orang tadi. Tak cukup tangan saya nak melayan. Pak cik nak makan apa?"
"Tidak mengapa" Ujarnya lembut dan sopan. Pak Cik tersebut memandang dan bertanyakan isteri dan anak-anaknya.

"Erm..bagi kami nasi goreng ayam dan air milo suam". Isteri dan anaknya mengangguk tanda setuju.
"Baiklah pak cik. Tunggu sebentar ya". Pemuda tersebut beredar sambil melemparkan senyuman.

"Restoran apa ni? Bagus betul service" Desis hati ku. Pertama kali aku singgah di restoran ini membuatkan hati aku lapang. Suasana kedai yang ceria bertemakan warna hijau sangat kena dengan seleraku. Ditambah lagi dengan pekerja restoran yang berhijab sempurna dan pemuda-pemuda yang tampak soleh.

Layanan yang diberikan pekerja restoran tersebut sungguh mesra dan menyenangkan. Terserlah adab dan keperibadian yang baik ditonjolkan oleh pekerja-pekerjanya. Dalam kesabaran melayan kerenah pelanggan yang pelbagai, pemuda dan kesemua pekerja restoran tersebut masih mampu melemparkan senyuman.

Ya..senyuman itu mendatangkan kesenangan kepada sesiapa yang memandang. Lebih-lebih pula senyuman
dari pekerja restoran wanita di situ. Pasti membuatkan sesiapa sahaja terkena virus senyuman yang meleret. "Huh..cukup, jangan nak perasan" bentak hatiku.

"Dik, kira semuanya. Berapa ringgit semua sekali?" kata pakcik tadi dengan berhemah.
"Baru sahaja sampai dah nak kira? Pak cik makan dahulu, selesai makan baru saya akan kira jumlahnya".
Anganku dikejutkan dengan sapaan pemuda tadi. Dia kembali menghantar makanan yang dipesan pak cik sekeluarga di sebelah mejaku.
"Tidak boleh!" Kata pak cik tersebut sedikit keras. "Saya orang Muslim. Kami mesti bayar apa yang kami makan ini barulah ianya akan menjadi halal untuk kami menelannya".

Aku sekadar menelan air liur. Terkedu sebentar. "Ada juga orang yang masih menjaga soal makan minum sampai tahap begini?" desis hatiku. Kagum.
"Err..err, baiklah Pak Cik. Saya kirakan semuanya sekarang". balas pemuda tadi sedikit gugup.
Barangkali pemuda tersebut juga merasa terkedu dengan permintaan pak cik itu sekeluarga. Isteri pak cik tersebut hanya tersenyum memandang wajahku yang sedari tadi terlopong dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Dalam hati ku berbisik dan timbul persoalan yang besar dalam fikiranku atas kejadian sebentar tadi. Selama ini pun aku akan makan dahulu baru membayarnya. Sudah menjadi kebiasaan. "Sama juga rasanya kalau makan dahulu baru bayar". Hatiku berbisik kecil.

Pak cik tersebut seolah-olah mengerti apa yang bermain di fikiran ku sebentar tadi. Ditenungnya wajahku sambil tersenyum sinis. Barangkali tahu aku sedang malu.

"Dik, jangan terkejut. Pak cik memang akan bayar dahulu sebelum menelan makanan yang akan pak cik berikan pada keluarga pakcik. Takut-takut nanti makanan jadi tidak halal dimakan. Kadang-kadang kita selalu membayar dengan harga yang murah berbanding apa yang kita makan. Sesetengah orang tu ada yang tidak mahu mengaku apa yang di ambil dan dimakannya. Bukankah makanan yang dimakan itu akan menjadi darah daging kita?" Kata pakcik dengan tenang membuatkan aku semakin bertambah malu.

Aku terlopong mendengar ceramah spontannya. Ya, memang selama ini aku seakan sudah terbiasa dengan 'peradaban' begitu. Makan dahulu baru bayar. Ada juga yang mengurangkan kuantiti makanan yang di ambilnya hanya kerana mahu membayar dengan harga yang murah. Ada juga yang terlupa dengan apa yang dimakannya. Bayar sekadar apa yang di ingati. Yang selebihnya menjadi apa? Hutang? Atau makanan yang haram? Dan yang lebih teruk dari itu apabila aku terlihat juga sesetengah dari orang Islam yang makan tetapi tidak membayar apa yang dimakannya. Beredar dengan selamba sahaja tanpa ada sedikit perasaan pun terhadap perkara halal haram dan apa yang dimakannya. Mungkin bagi mereka ini sekadar perkara kecil yang boleh di maafkan tetapi bagi Allah SWT ianya merupakan perkara yang membawa kepada dosa.

Allah SWT berfirman dalam Surah al Baqarah ayat 16 yang bermaksud :

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.”

Tambah pakcik tersebut "Kita jarang nampak kasih sayang Allah dalam makanan yang kita makan. Dalam rezeki yang Allah SWT turunkan itu ada ihsan dan rahmat. Mengapa kita kotorkan rezeki tersebut dengan menjadikannya makanan yang haram? Bukankah api neraka itu akan membakar daging kita yang menelan benda-benda yang haram? Berhati-hatilah selepas ini. Jangan sampai jadi najis". Ujar pak cik berseloroh.

"Astaghfirullahal a'zim. Ya Allah...terima kasih kerana menemukan aku dengan satu pelajaran yang sungguh bermakna hari ini". Desis hatiku perlahan memohon keampunan dari kesilapan lampau. Mungkin ada sebelum ini yang aku tidak bayar dan lupa tentang apa yang aku telan.

Moga-moga Allah SWT ampunkan kesalahan aku yang lepas. Sesungguhnya aku jahil dan tidak mengetahui pada waktu itu. Lantas aku panggil pekerja restoran tersebut dan membayar harga secawan kopi yang ku hirup dan sepinggan nasi yang ku makan sebentar tadi.

"Kak,berapa semua sekali ya? Senyuman ku mulai melerat. Ahh..virus kembali menyerang.
"RM8.40 bang". Jawab pekerja wanita tersebut sambil membalas senyumanku tadi.
"Hai...makanan dah halal jangan haramkan yang lain. Haha". Seloroh pakcik bila melihatku yang tersenyum sedari tadi.



Jan 24, 2012

Lelaki...Berjanggutlah.


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :

·        Kelihatan lebih ‘macho’
·        Kelihatan lebih soleh
·        Menonjolkan imej lelaki sejati
·        Lebih diminati wanita dan kanak-kanak
·        Mempunyai manfaat kesihatan
·        Mencontohi fizikal tokoh Islam dan pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.”  (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.”  (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.”  (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

Wahai lelaki, berjanggutlah.



Jan 16, 2012

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  • Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  • Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.                                           
Sumber :   
www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan                                                                                           



Jan 11, 2012

AKHLAK RASULULLAH S.A.W MENYATAKAN RASA KASIH KEPADA ISTERINYA


1.  Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri
Hadis dipetik daripada Atha' bin Yasar, katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dlaam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur).
2. Memakai Wangi-wangian
Aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

3. Mandi Bersama Isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
4. Menyikat Rambut Suami
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).
5. Meminta Isteri Meminyakkan Badannya
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir).
6. Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

7. Membelai Isteri
Dalam hadis diceritakan, "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad).
8. Tidur Di Pangkuan Isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran." (Hadis riwayat Abdurrazaq).

9. Memanggil Dengan Kata-kata Mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima).


Artikel Cadangan Untuk Majalah ANIS
Edit : Abu Zarin Harun
12 Januari 2012



Tips Untuk Sahabat, Ikh, Akh & D Geng



Tips Untuk Kahwin Muda
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun. 

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
  • Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
  • Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
  • Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
  • Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
  • Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber  pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
  • Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
  • Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
  • Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
  • Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Artikel Cadangan Untuk Majalah ANIS
Oleh : Abu Zarin Bin Harun
Tarikh : 12 Januari 2012



Jan 10, 2012

Sahabat vs Musuh


15 MUSUH SYAITAN

1-Rasulullah SAW.
2- Imam yang adil.
3- Orang kaya yang merendah diri.
4- Peniaga yang jujur ( benar ).
5- Orang Alim yang khusyuk.
6- Orang Mumin yang suka menasihati.
7- Orang Mukmin yang murah hati ( belas kasih ).
8- Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya.
9- Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram.
10- Orang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
11- Orang mukmin yang banyak bersedekah.
12- Orang mukmin yang berakhlak mulia.
13- Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.
14- Orang mukmin yang membaca Al-Quran, menghafaznya dan memahaminya.
15- Orang mukmin yang suka bersolat tahajjud di waktu malam.

 Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972.




10 SAHABAT SYAITAN.

1- Raja @ Pemerintah yang zalim.
2- Mereka kaya yang sombong.
3- Peniaga yang khianat.
4- Pemabuk ( peminum arak ).
5- Tukang adu-domba ( membuat fitnah ).
6- Pelacur ( GRO).
7- Pemakan harta anak yatim.
8- Mereka yang memandang remeh tentang solat.
9- Mereka yang tidak mengeluarkan zakat.
10- Mereka yang panjang angan-angan.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972-973.



Artikel Terdahulu Home