Feb 22, 2011

Pahala Yang Kita Tidak Nampak

  •  Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah. 
  •  Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakitmenggunakannya, anda dapat hasanah. 
  •  Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
  •  Bantu mendidik seorang anak. 
  •  Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah. 
  •  Berkongsi CD Quran atau Do'a. 
  •  Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid. 
  •  Tempatkan pendingin air di tempat umum. 
  •  Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.  
    Terdapat banyak lagi alternatif dan cara untuk kita melipatgandakan saham akhirat kita sebagai seorang muslim. Alahai kalian..mudahnya untuk berbuat pahala kan? :)



    Orang - Orang Yang Didoakan Malaikat

    Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Bersuci

    Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a.,bahawa Rasullah s.a.w. bersabda,"Barang siapa yg tidur dlm keadaan suci,maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah,ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci"
    ( hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dlm Shahih At Targhib wat Tarhib ).

    Orang Yang Duduk Menunggu Sembahyang

    Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu sembahyang,selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah,ampunilah ia.Ya Allah sayangilah ia" (Shahih Muslim).

    Orang Yang Berada Di Shaf Bahagian Hadapan Di Dalam Sembahyang

    Imam Abu Dawud(dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin A'zib r.a.,bahawa Rasullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kpd (orang-orang) yg berada pada saf2 paling hadapan" (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dlm Shahih Sunan Abi Dawud).



    Artikel Terbaru Artikel Terdahulu Home